Selamat Datang

Selamat Datang

Tuesday, July 27, 2010

SUNGAI TAMAN SURIA






Sungai ini menjadi tarikan utama para pelancong yang melancong ke Taiping kerana keindahan flora dan faunanya dan juga kejernihan air sungai ini.
Sungai ini sesuai dijadikan tempat untuk berkelah , bermandi manda ataupun berkhemah. Sungai ini patut dipelihara untuk generasi yang akan datang.

BUKIT LARUT
















BUKIT LARUT

Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping,Perak.
Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia.
Hampir setiap hari pada waktu petang,hujan pasti akan turun.
Bukit Larut merupakan kawasan rekreasi Tanah Tinggi di Perak.
Bukit Larut atau Bukit Maxwell diberi nama itu sempena residen British yang ketika itu diberi nama George Maxwell pada tahun 1880.
Suhu pada siang hari ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius.
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit dengan melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

KERETAPI TANAH MELAYU


KERETAPI TANAH MELAYU

Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke- 19.
Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai.
British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka.
Tokoh yang bertanggungjawab ke atas pembinaan jalan keretapi yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang kedua.
Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .

Kota Ngah Ibrahim


















KOTA NGAH IBRAHIM adalah satu bangunan yang bersejarah yang dibina oleh ORANG KAYA MENTERI PADUKA TUAN NGAH IBRAHIM BIN JAAFAR,seorang pembesar PERAK yang masyur. Beliau seorang yang menjadi salah seorang penentang campur tangan BRITISH dalam HAL EHWAL pentadbiran negeri PERAK selepas PERJANJIAN PULAU PANGKOR tahun 1874.
NGAH IBRAHIM merupakan seorang PEMBESAR MELAYU yang menjadi penentang campur tangan BRITISH.. Dia dituduh bersubahat membunuh RESIDEN BRITISH di PERAK, dan bersama bapa mertuanya LAKSAMANA MOHAMMAD AMIN telah dibuang negeri ke KEPULAUAN SEYCHELLES. NGAH IBRAHIM mati pada tahun 1895 di SINGAPURA.


Flemington Hotel

FLEMINGTON HOTEL

Hotel ini adalah hotel 3 bintang.
Hotel yang tersegam indah ini terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping.
Tempat letak kereta juga disediakan untuk para tetamu.
Jika kita menginap di sini dapatlah kita beriadah pada waktu pagi kerana ia amat memudahkan kita.
Pada waktu petang pula kita dapat berekreasi.
Banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Taman Tasik Taiping

KAWASAN UNTUK BERJOGING


KAWASAN UNTUK BERJOGING

Kawasan ini sesuai untuk sesiapa yang ingin berjoging.
Lorong-lorong kecil yang disediakan ini mempermudahkan kita bagi beriadah.
Sambil berjoging kita dapat melihat permandangan di sekitar situ.

Monday, July 26, 2010

KAWASAN TASIK




TAMAN TASIK TAIPING

Inilah kawasan Taman Tasik Taiping.
Di sini banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti berjoging,berkelah
dan lain-lain.
Kawasan ini juga kawasan rekreasi bekas lombong biji timah yang tertua di Malaysia.
Taman Tasik ini dibuka pada tahun 1880.
Keluasan Tasik ini mencapai hingga 62 hektar.
Aktiviti yang menarik seperti menaiki kayak yang berbentuk itik dan boleh menaiki bot beramai-
ramai.
Harganya bagi kanak-kanak hanya RM2.
Harga bagi dewasa pula RM5.
Masa yang diberikan untuk mengelilingi tasik ini adalah 1/2 jam.

HAIWAN DI ZOO TAIPING


''HAIWAN-HAIWAN''

HAIWAN..!!
Terdapat pelbagai jenis haiwan.
Zoo Taiping merupakan habitat 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis.
Antara haiwan-haiwannya kuda belang,burung kakak tua,unta dan banyak lagi.






Sunday, July 25, 2010

Zoo Taiping

ZOO TAIPING dan NIGHT SAFARI



















Zoo Taiping
mempunyai keistimewaan
ya yang tersendiri.Ia terletak di dalam kawasan TAMAN TASIK TAIPING berhampiran BUKIT LARUT ( MAXWELL HILL ).Keindahan semulajadi seperti aliran anak sungai dam kehijaun flora telah menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping.
Night Safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang berbuat demikian.Pembukaan Night Safari dipercayai oleh pihak pengurusannya yang menjadi daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia.Pada 1 Mac 2003 ia telah dibuka dan mula beroperasi.Ia bermula pada jam 8:00 malam hingga 11:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat.Pada jam 8:00 malam hingga 12:00 malam pada hari Sabtu.






Thursday, July 22, 2010

Muzium Taiping

Posted by PicasaMUZIUM TAIPING
Muzium ini sering menjadi tumpuan para pelancong.
Muzium ini adalah muzium yang paling tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883.
Muzium ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :
-Tandas Awam
-Tempat Letak Kereta
-Kaunter Penerangan
-Pondok Telefon
Muzium ini juga muzium pertama yang pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk digunakan.

PENJARA TAIPING





Penjara Taiping

Penjara Taiping terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan di persimpangan Jalan Taming Sari.
Antara bangunan berhampiran yang boleh dilihat ialah Muzium Taiping, Sekolah Kebangsaan Klian Pauh, Hotel Seri Malaysia, dan Sekolah Kebangsaan Treacher Methodists.

Penjara Taiping ini mula dibina pada tahun 1879, dan merupakan penjara paling lama dan tertua dalam Negeri Perak.
Penjara Taiping merupakan satu badan institusi kemanusiaan yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku.
Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal yang terbesar ketika itu.